Find Us On Social Media :

Dilempari Air Kencing Hingga Berakhir Ricuh di Stadion GBK, Malaysia Akan Laporkan Indonesia ke FIFA

Suporter tim nasional Malaysia dilempari cerawat oleh pendukung tuan rumah Indonesia di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Kamis (5/9/2019).

"Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

Baca Juga: Tegukan Jus Beracun Membawa Edi Chandra dan M Adi Pradana ke Kematian, Begini Cara AK Habisi Nyawa Suami dan Anak Tirinya Sebelum Dibakar

Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.

#SelamanyaHarimauMalaya," tulis @syedsaddiq seperti dikutip Gridhot.ID, Kamis (5/9/2019)

(*)